Saturday 24 December 2011

Malam Dinner " Semusim Bersama Seabad Terasa" 2011

Alhamdulillah...selamat sudah Majlis Makan Malam Bersama Pelajar Tahun 4, Ijazah Sarjana Muda Dakwah & Pengurusan Islam 2008/2009 di D'Tasik Seafood Restaurant, UNITEN.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih kepada semua pensyarah yang sudi hadir terutama Dekan Fakulti kepimpinan dan pengurusan yang   sanggup meluangkan masa bersama.


Ummi Husna: Penerima Anugerah Jasa Bakti



Syafiq: berbicara dengan keikhlasan

Fadzil: Penerima Anugerah Pendakwah Muda

Noraini: Menerima Anugerah Pendakwah Muda Wanita

Panji Hidayat: Penerima Anugerah Sahsiah Terpuji


Khasmadi: Penerima Anugerah Jasa Bakti

Barisan Pensyarah yang sudi hadir ke majlis makan malam tadi

Buat Renungan Bersama:

Antara Sahabat ,Cinta dan Rabb
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : mardiah love islam
Editor: KAKLONG





Kota Madinah menjadi gempar dengan berita fitnah yang disebarkan oleh ketua kaum munafik, Abdullah bin Ubay. Fitnah mengenai Ummul Mukminin Aisyah RA akhirnya sampai ke telinga Rasulullah SAW. Apabila sampai berita tersebut kepada 



Diam,
Sunyi, sepi,
Dalam kegelapan ku lihat tiada cahaya,
Menggapai angin malam yg sejuk dingin,
Aku keseorangan,
Menangis menitis airmata beku,
Bagai tiada siapa peduli,
Ku masih berteleku di situ,
Tapi tiada siapa.. kosong.


Diam,
Sunyi, sepi,
Tetap begitu,
Buta mata, buta hati,
Tiada senyuman terukir di bibir,
Tiada ilmu terpahat di dada,
Tiada sayang menerpa di jiwa,
Bagai jasad tiada rohnya,
Begitu aku,
Biar apa di nanti,
Siapaku untuk mentafsir.


Diam,
Sunyi, sepi,
Aku masih kaku,
Dalam diam,
Sayup-sayup namaku,
Dipanggil syahdu,
Hangat mula terasa di jari jemariku,
Lantas ku toleh,
Seluruh dekat ku terasa bernyawa,
Ku rentap sentuhan itu,
Setelah terpampang suatu wajah,
Seorang yang bergelar lelaki.


Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Salam dihulur, persahabatan di minta,
Kusambut mesra,
Hariku berseri,
Hidupku bermakna,
Alhamdulillah kupanjat kesyukuran,
Anugerah seorang insan,
Bernama sahabat.


Diam,
Sunyi, sepi,
Tiada lagi,
Berteman sahabat,
Tanpa kusedari cinta terpatri,
Bermunajat ku pada Ilahi,
Apakah semua ini,
Setakat khayalan atau hakiki.


Diam,
Sunyi, sepi,
Menerjah kembali,
Kala aku berteleku kepada-Mu,
Meminta petunjuk,
Kepada suatu keputusan,
Kepastian menjelma,
Untukmu sahabat,
Maaf ku pinta,
Aku belum bersedia,
Pada cinta yg sementara cuma,
Cintaku kini hanya pada ya-Rabbi,
Penciptaku yang Esa,
Yang memberi anugerah,
Mengenal erti Cinta dan Sahabat,
Terima kasih Ya-Rabb.


Antara sahabat, cinta dan Rabb,
kecintaanku kini hanya Pada-Mu


Thursday 15 December 2011

Jangan Lepaskan Peluang....

AYUH KITA MERIAHKAN MAJLIS MAKAN MALAM  PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA DAKWAH DAN PENGURUSAN ISLAM BATCH 2008/2009 

TARIKH: 23 DISEMBER
HARI: JUMAAT
MASA: 6.30 PTG -11.00 MLM
TEMPAT: Restaurant D'tasik Seafood, Melaka

gambar hiasan

aktiviti:
* Jamuan makan malam
* Amanat khas Dekan FKP
* cabutan bertuah
* Anugerah Khas buat 6 orang sahabat kita yang layak...


Hanya untuk Kita2 jerk....hihihi

Tuesday 6 December 2011

Jadual Exam....!!!

Masa sudah tiba untuk memasuki fasa terakhir study...Ayuh sahabat2 ku...perjuangan belum selesai...


Jadual Final Exam...


3 Jan 2012: PEMIKIRAN ISLAM
9 JAN 2012: BAHASA INGGERIS III
10 JAN 2012: ADAB IKTHILAF
12 JAN 2012: PSIKOLOGI DA'WAH
17 JAN 2012: PERANCANGAN & STRATEGI DA'WAH
18 JAN 2012: SIKAP ORIENTALIS TERHADAP ISLAM






Friday 18 November 2011

Kenali mereka!!!

RENUNGKAN..

William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.

MISI MEREKA TELAH BERJAYA..... DIMANAKAN ANDA SEBAGAI UMAT ISLAM UNTUK MENGHALANGNYA?? 
 October 26 at 7:39pm

Note: ini merupakan post saudara fahmi di FB..

Sunday 9 October 2011

sesiapa pun mampu berubah



Diana Amir, “Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat. Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini.”




Irma Hasmie, "Saya kini ekstra tenang dan bahagia. Susah untuk saya terangkan bagaimana perasaan itu, namun dalam erti kata lain, saya sangat senang dan gembira," 

Wednesday 5 October 2011

Ayuh Sahabat...Di mana TemPaT PraKtiKal Mu????

Dimaklumkan bahawa pelajar yang akan menjalani Latihan Industri pada Semester 2, sesi akademik 2011/2012 boleh membuat permohonan penempatan menjalani Latihan Industri melalui Sistem e-LI bermula pada 3 Oktober 2011 sehingga 14 Oktober 2011....


" Salam 1 Islam...pastikan anda peka dengar setiap announcement dan tolong ingatkan kawan2 yang sibuk..." HeHeHe....

Sunday 8 May 2011

Pemuda hari Ini...

Pemuda hari ini: Singa yang dijinakkan



Pemuda adalah rahsia bagi setiap kebangkitan umat yang dahagakan perubahan. Mereka di peringkat ini digelar oleh ulama silam sebagai Fasa Jununiyah (Fatrah Orang Gila). Mereka gemar melakukan perkara yang berlawanan dengan arus perdana. Mereka tidak suka dikongkong atau ditahan daripada mencapai cita-cita mereka. Mana-mana kuasa yang cuba menghalang kemaraan mereka pasti akan tumbang dek kerana kuatnya arus deras yang dibawa golongan ini
Adolf Hitler – Berusia 32 tahun ketika mula memimpin Parti Nazi Jerman pada tahun 1921. Mencapai kemuncak kuasa sebagai Canselor Jerman pada usia 44 tahun apabila partinya menang besar dalam Pilihanraya Jerman tahun 1933.

Islam memandang berat fasa ini dalam kehidupan seorang manusia. Oleh sebab itu, pemuda pada usia begini perlu dihalakan ke tempat yang betul. Allah sendiri memuji pemuda:
“Allah mengagumi pemuda yang tiada pada dirinya as-sobwah (penyelewengan)” (Riwayat Imam Ahmad)

Namun, musuh-musuh Allah sudah pasti mengetahui bahaya golongan ini. Maka, mereka pun berjaya menjinakkan singa-singa ini sehingga hilang taringnya. Jadilah mereka sekarang seperti kijang-kijang pengecut.
Fenomena tunggu dan buat adalah antara penyakit yang melanda generasi muda pendakwah pada hari ini. Satu golongan pemuda lebih gemar berdakwah di depan komputer daripada keluar untuk berjumpa manusia. Mereka hanya bersemangat ketika program dan sejuk selepas tasbih kifarah dan Surah al-Asr. Kemudian menunggu dengan penuh setia program seterusnya bila akan diadakan.

Satu lagi golongan pemuda pula, mereka menganggap seolah-olah saf pendakwah ini mesti sempurna baru dakwah dan tarbiyah boleh berjalan. Mereka hanya tahu mengkritik dan menunggu perubahan itu datang ke riba. Mungkin kita terlupa pesanan as-Syahid Hasan al-Banna: “Barangsiapa yang mencadang, maka dialah yang perlu laksanakan”.
“Sesungguhnya, sebuah fikrah akan meraih kejayaan apabila keimanan kepadanya kuat, tersedia keikhlasan di jalannya, semangat untuk memperjuangkannya semakin bertambah dan ada kesiapan untuk berkorban serta beramal dalam mewujudkannya. Keempat rukun ini yakni iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan karakter pemuda. Sebab sesungguhnya dasar keimanan adalah hati yang cerdas, dasar keikhlasan adalah nurani yang jernih, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Dan itu semua itu tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.” (Hasan al-Banna, Majmuk Rasail)

Seorang khadam bagi dakwah ini akan sentiasa memiliki kemahuan yang tinggi dan tidak pernah padam. Setiap hari dia akan berfikir supaya cahaya Allah ini sampai kepada manusia di luar sana. Lantas dia keluar dari rumahnya, tanpa perlu menunggu arahan untuk dia keluar berdakwah. Bahkan dia sendiri akan berkreatif dengan mencuba pelbagai cara untuk mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t:

“Tuhanku, sesungguhnya aku berdakwah kepada kaumku siang dan malam. Tetapi seruanku itu tidak menambah iman mereka justeru mereka lari dari kebenaran.” (Nuh: 5-6)
“Lalu aku menyeru mereka secara terang-terangan. Kemudian aku seru mereka secara terbuka dan diam-diam.” (Nuh: 8-9)


Lalu akhirnya, dia menjadi seorang pendakwah yang benar-benar mengesani masyarakat. Dia terkehadapan di rumahnya, pelajarannya, kerjayanya dan keluarganya. Di mana-mana dia bergerak akan berjalan bersamanya fikrah yang dibawa. Dirinya adalah cerminan kepada apa yang didokongnya, Islam yang mulia. Saidatina Aishah apabila ditanya tentang peribadi Rasulullah s.a.w, jawapannya: “Dia adalah al-Quran yang berjalan.”

Kesusahan yang dilalui pemuda untuk melengkapkan diri menjadi pendakwah Islam akan dilalui tanpa banyak persoalan dan alasan. Alasan bagi dirinya adalah istilah bagi orang-orang lemah. Semangat Muhajirin di Mekah akan sentiasa membakar tubuhnya untuk terus menerima tarbiah. Kenapa? Kerana kemahuan dalam dirinya tidak pernah padam.

Saya teringat kisah burung hud-hud yang disebut secara terang lagi nyata di dalam al-Quran. Cahaya kemahuan yang meluap-luap di dalam dirinya telah mendorongnya untuk keluar dari perbarisan Nabi Sulaiman a.s bagi mendapatkan khabar tentang suatu kaum yang tidak bertuhankan Allah yang Esa.

Saya teringat tindakan segera Abu Bakar r.a mengajak enam orang sahabatnya untuk memeluk Islam padahal beliau baru sahaja melafazkan kalimah syahadah.

Saya teringat peribadi Umar Al-Khattab yang sentiasa bertanya dan mempelajari Islam dan dakwah daripada Rasulullah s.a.w atas inisatif beliau sendiri tanpa baginda sendiri meminta beliau berbuat demikian.

Saya teringat pada sang burung kecil yang cuba memadamkan api besar yang membakar tubuh Ibrahim a.s dengan paruhnya yang kecil. Ketika diketawakan tindakannya itu, dia menjawab: “Sesungguhnya aku berlepas diri ya Allah dari tindakan-Mu ke atas kami”.

Saya teringat Mus’ab b. Umair yang hanya berbekalkan beberapa potong ayat al-Quran yang belum sempurna penurunannya, telah mengetuk setiap rumah di Madinah untuk menyebarkan Islam.

Facebook – Fenomena baru yang melanda dunia hari ini. Menurut kajian Nielson Media Research, pengguna Facebook menghabiskan masa lebih 7 jam sehari pada bulan Januari 2010.

Saya melihat jiwa dan roh kemahuan yang menyala-nyala ini semakin kelam jika kita tidak beringat dari sekarang. Firman Allah s.w.t dalam surah At-Taubah ayat 46:

“Dan jika mereka mahu berangkat, nescaya mereka akan membuat persiapan, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Dia melemahkan kemahuan mereka dan dikatakan kepada mereka: Tinggallah bersama orang-orang yang tinggal (lemah)”.

Apabila Sang Singa lupa dirinya dicipta untuk menyerang dan menerkam mangsanya.


Ustaz Izzuddin Selamat,
Ketua Perhubungan,
ISMA-Mesir Cawangan Mansurah

Sumber: Laman Web ISMA Mesir Cawangan Mansurah