Friday, 6 May 2011

Siapa Rachel Corrie?




Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama seorang warga Amerika berusia 23 tahun yang disodok dan digilis jentera berat milik Israel. Rachel Corrie merupakan seorang siswi dan aktivis kemanusiaan dari Olympia, Washington. Beliau datang ke Gaza bersama aktivis –aktivis lain yang bergabung dalam International Solidarity Movement (ISM).

Saksi mengatakan Corrie cuba menghalang sebuah jentolak Israel daripada meranapkan sebuah rumah rakyat Palestin. Beliau memakai jaket oren yang terang namun jentolak Israel terus melenyeknya. Israel kemudian mengatakan bahawa insiden itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan.

Keluarga Corrie telah menfailkan  saman kepada kerajaan Israel dan mendesak kerajaan Amerika membuat siasatan terhadap kes tersebut. Namun ia ditolak oleh kerajaan Amerika yang lebih mementingkan tembolok Yahudi berbanding rakyatnya sendiri. Begitu malang sekali rakyat Amerika kerana Negara yang diharapkan untuk melindungi rakyatnya sebenarnya tidak boleh diharap.


Sumber: Buku "Palestin Kami Datang, Gambar dari http://en.wikipedia.org/wiki/Rachel_Corrie

Sajak Buat_ sahabat

Sahabat....

Seukir senyum diukir di bibir
melihat telatah dan keceriaan..
bahagianya terasa....

Sahabat...
dalam gelak ketawamu itu...
pasti tersimpan kisah duka dan lara...
yang bisa menghancurkan keceriaan...

Sahabat...

janganlah keceriaanmu itu melampau
ingatlah mereka di luar sana...
mereka juga ingin gembira...

Sahabat...

kita kadang-kadang terlupa...
kadangkala terleka...
kadangkala mementingkan diri...

Sahabat...
jika kita sukakan dunia dan akhirat...
mereka jua begitu....
adakah kita membantu mereka....

mereka ingin mengapai tangan...
tangan si daie....
mereka ingin diusap dan dibelai...
dibelai tarbiah ruhiyyah...

mereka kelihatan keras dengan keduniaan...
tapi dunia hati mereka memberontak...
inginkan suatu cahaya...
cahaya hidayah...

Hidayah itu milik Tuhan...
namun kita perlu mebuka ruang jalan...
Ayuh sahabat...
kita bangkit bersama....