
Saksi mengatakan Corrie cuba menghalang sebuah jentolak Israel daripada meranapkan sebuah rumah rakyat Palestin. Beliau memakai jaket oren yang terang namun jentolak Israel terus melenyeknya. Israel kemudian mengatakan bahawa insiden itu adalah satu kemalangan yang tidak dapat dielakkan.
Keluarga Corrie telah menfailkan saman kepada kerajaan Israel dan mendesak kerajaan Amerika membuat siasatan terhadap kes tersebut. Namun ia ditolak oleh kerajaan Amerika yang lebih mementingkan tembolok Yahudi berbanding rakyatnya sendiri. Begitu malang sekali rakyat Amerika kerana Negara yang diharapkan untuk melindungi rakyatnya sebenarnya tidak boleh diharap.
Sumber: Buku "Palestin Kami Datang, Gambar dari http://en.wikipedia.org/wiki/Rachel_Corrie
Sumber: Buku "Palestin Kami Datang, Gambar dari http://en.wikipedia.org/wiki/Rachel_Corrie
No comments:
Post a Comment